Friday 13 December 2013

DBKL tawar jual rumah harga murah kpd penyewa

Lokasi : Pusat Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Penyerahan Dokumen Penjualan Rumah PPR MTEN & PA DBKL 

Tarikh : 13/12/2013


Nota majlis.

1. Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) telah dirangka khusus bertujuan membantu penyewa sedia ada yang mampu dan berminat untuk membeli rumah yang ditawarkan oleh DBKL.

2. Sehubungan dengan itu, skim pembiayaan khas ini adalah dirangka oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yayasan Wilayah Persekutuan, dan ia telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri pada 18 Januari 2012.

3. Bagi penyewa yang memilih untuk membeli, penyewa boleh memilih untuk membeli secara tunai atau mendapatkan pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan sekiranya layak.

4. Manakala skim ini merupakan alternative bagi membatu mereka yang tidak berkelayakan mendapatkan pembiayaan dari institusi institusi kewangan atas factor usia dan sebagainya.

5. Antara ciri-ciri utama skim ini adalah seperti berikut:-

  •  Tiada bayaran pendahuluan diperlukan;
  •  Pembiayaan 100% akan diberikan melalui skim ini;
  •  Kelayakan meminjam adalah umur maksimum sekiranya pembiayaan dibuat secara pembiayaan bersama (co-borrower);
  • Tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun bagi memudahkan peminjam membuat bayaran bulanan yang rendah;
  •  Bayaran bayaran seperti bayaran insurans, bayaran pindah milik dan bayaran seperti bayaran insurans, bayaran pindah milik dan bayaran khidmat guaman yang berkaitan dengan pembelian rumah bagi tempoh pembiayaan akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah pembiayaan;
  • Kadar faedah yang dikenakan adalah 6.5% setahun; dan
  •  Dilindungi oleh Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan perlindungan insuran kebakaran.
  • Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan Sdn Bhd (SPWP) merupakan anak syarikat milik penuh YWP yang ditubuhkan sebagai syarikat bertujuan khas (special purpose vehicle) bagi menguruskan skim pembiayaan penjualan rumah ini,


6. Penjualan rumah rumah ini bermula dengan Fasa 1 melibatkan 3,043 peserta dari 37 PPR MTEN dan PA DBKL di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan pada hari ini, penyerahan dokumen melibatkan 1,096 peserta dari 11 kawasan PPR MTEN dan PA DBKL, sekitar Bandar Tun Razak.

7. Baki 1,947 peserta akan menerima dokumen mereka dalam bulan Disember 2013.

8. Bagi memastikan proses kutipan balik pinjaman yang akan bermula pada 31 Disember 2013, SPWP dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menandatangani perjanjian persefahaman pada hari ini.  Maka itu, semua bayaran boleh dibuat di semua cawangan BSN seluruh Negara.

9. Surat berkaitan notis pembayaran semula pinjaman telah diserahkan oleh SPWP pada hujung November 2013.  Dan sekiranya pembeli mengingkari syarat-syarat perjanjian seperti tidak membayar balik pinjaman selama 6 bulan, SPWP mempunyai kuasa membatalkan perjanjian belian rumah tersebut.

10. Di samping itu, SPWP juga sedang mengusahakan penjualan rumah rumah bagi Fasa 2 yang dijangka bermula pada Mac 2014 akan melibatkan lebih kurang 4,000 peserta.


HARGA RUMAH YANG DITAWARKAN BERDASARKAN HARGA 30 TAHUN DAHULU DARI RM22,000, RM25,000, RM28,000 DAN RM40,000.

 1/40
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24 Tandatangan Perjanjian Kerjasama antara Bank Simpanan Nasional dan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan.
 25
 26
27
 28  Penyampaian Dokumen Penjualan Rumah PPR MTEN dan PA DBKL kepada 11 wakil kawasan perumahan yang terlibat
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35  Sidang media
 36
 37
 38
 39
 40


No comments:

Post a Comment