Showing posts with label sabotaj. Show all posts
Showing posts with label sabotaj. Show all posts

Tuesday, 28 April 2015

PRK P.44 - Calon bebas dakwa disabotaj pihak dalam PKR

Lokasi : Bertam Golf Resort, Seberang Perai

Acara : Sidang media oleh calon bebas Salleh Isahak untuk menafikan khabar angin

Tarikh : 27/4/2015



Sidang media oleh calon bebas Salleh Isahak untuk menafikan sebaran mesej berikut yang didakwa didalangi oleh orang dalamPKR bagi mensabotaj beliau -

"Independent candidate Hj Salleh Isahak is an ex Umno Alma member but joined PKR holding the position of SU Cabang Permatang Pauh between 2008 - 2013. He is currently an AJK of the same Cabang since 2014. Tq"

Salleh Isahak telah pun membuat laporan Polis mengenai perkara ini. 

Persoalan nya apa yang ditakutkan sangat oleh pihak yang mensabotaj Salleh? Adakah peluang untuk beliau meraih undi melalui pergerakan NGO PERBAIK begitu tinggi ?


1
 2
 4
 5
 6


Thursday, 7 August 2014

Siapa dalang sabotaj PC kumpulan anti Khalid ?

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media pimpinan Keadilan Selangor untuk menyatakan sokongan kepada
Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim

Tarikh : 6/8/2014


Zuraida Kamaruddin menjawab soalan  'YB nak nafikan itu kenyataan palsu?"


1  
 2  Ini kenyataan media yang dibaca Zuraida Kamaruddin
2  Ini pula kenyataan media yang edarkan kepada wakil media didalam Dewan Keadilan, lokasi sidang media.


Sidang media kecoh, betul ke sabotaj dan bukan lakonan ?

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media pimpinan Keadilan Selangor untuk menyatakan sokongan kepada
Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim

Tarikh : 6/8/2014


Betul kah ini cubaan sabotaj ? Kenyataan media yang dibaca Zuraida Kamaruddin berbeza dengan salinan yang diedarkan kepada wakil media. Apa yang bezanya ? Cuma satu saja.... yang dibaca oleh Zuraida hanya menyebut satu calon MB untuk menggantikan Khalid Ibrahim, iaitu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala yang diedarkan pula menyebut dua calon iaitu Wan Azizah bersama Azmin Ali. Kita semua tahu bahawa kumpulan yang hadir disidang media hari ini rata-ratanya adalah penyokong kuat Azmin Ali
Nampak gayanya seperti kumpulan ini seakan akan main wayang... satu kenyataan yang akur dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat manakala yang satu lagi dengan terang menyebut calon yang mereka mahu jadi MB bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Nampak jelas 'sabotaj' yang disebutkan bukan nya merugikan kumpulan Zuraida Kamaruddin initetapi menguntungkan mereka.... dalam satu sidang media dua objektif tercapai...dengan cara mengujudkan paradoks... apa pandangan pembaca budiman sekalian ? 



1
2
3
4
5
6  Ini kenyataan media yang dibaca Zuraida Kamaruddin
7 Ini pula kenyataan media yang edarkan kepada wakil media didalam Dewan Keadilan, lokasi sidang media.

Friday, 13 April 2012

Khalid Samad anggap Dr Hasan sombong dan khianat


Venue : Padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur


Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm


Khalid Samad yang telah pun dikenal pasti sebagai parasit utama dalam PAS Selangor oleh Dr Hasan Ali telah mencabar Dr Hasan untuk menyaman beliau sekiranya tidak puas hati dengan gelaran pengkhianat dan penyombong yang beliau beri.



Ceramah Perdana - Jom Bersih 3, Setapak


Venue : Padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Acara : Ceramah Perdana - Jom Bersih 3

Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Dr Tan Seng Giaw, MP Kepong (DAP)
 8.
 9. Khalid Samad, MP Shah Alam (PAS)
 10.

Khalid Samad tegas seolah olah EXCO Agama Selangor


Venue : Padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur


Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm


Khalid Samad tunjuk kefahaman dan ketegasan seolah olah seorang Pesuruhjaya PAS dan EXCO Hal Ehwal Agama Negeri Selangor... syabasss...





Surau disalah guna untuk ganggu ceramah PR ?

Venue : Surau bersebelahan padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Acara : Tak pasti apa acara di surau selain dari bernasyid dan tazkirah selepas isyak

Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm


Malam tadi berlaku cubaan untuk mengganggu Ceramah Perdana anjuran Pakatan Pembangkang
dengan menggunakan surau yang bersebelahan dengan lokasi ceramah. Saya terpaksa bersetuju dengan dakwaan penganjur kerana yang hadir di majlis anjuran surau tersebut tak berapa kerat pun. 

Semasa rakaman dibuat saya anggarkan tak sampai 20 orang yang berada dalam dewan utama seolah olah sessi karaoke. Bunyi pembesar suara memang mantap. Tapi penganjur ceramah pun mempunyai sistem pembesar suara yang lebih mantap dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gangguan. Sejak kebelakangan ini penganjur majlis ceramah Pakatan Pembangkang sentiasa siap sedia dengan "Flood Lights". Tidak bergelap seperti dulu dulu... mantap..

Buat pengetahuan semua, pejabat UMNO Setapak Jaya terletak betul betul bersebelahan dan mengadap lokasi ceramah. Jari secara otomatik akan menuding kearah mereka... hmmm mungkin mereka kena fikir cara lain kalau nak ganggu pun... jangan lah diguna nya surau tu lagi....


1.
 2.
 3.

Friday, 23 March 2012

Thursday, 22 March 2012

PANASSSS : Kamilia tak sabar sabar sabotaj Shahrizat



KENYATAAN AKHBAR

EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
DAN KETUA WANITA UMNO NEGERI-NEGERI

KENYATAAN AKHBAR DATO’ HJH KAMILIA HJ IBRAHIM
DALAM THE STAR BERTARIKH 22 MAC 2012 (KHAMIS)


Kami, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Kamilia Dato’ Hj Ibrahim dalam The Star bertarikh 22 Mac 2012 (Khamis) yang mendesak YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.



Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi. Malah sokongan kepada YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor.



Kami selaku Exco dan Ketua UMNO Wanita Negeri-Negeri ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.


22 MAC 2012 (Khamis)



P.S Siapa lah gamaknya yang memberi arahan kepada Kamilia untuk menjalankan misi kamikaze ini?


Under whose instruction is this non performing deputy Wanita UMNO Chief acting? Whose political career will end first?... a timely kamikaze act of self expulsion.... sayonara Kamilia...