Google+ Followers

Wednesday, 30 May 2012

KSN meraung minta sambung kontrak depan Najib?

Suatu cerita

Hujung minggu lalu saya berkesempatan bersembang dengan beberapa kenalan dari  kalangan pegawai kanan kerajaan yang bertugas di Putrajaya. Antara topik terpanas ialah mengenai kedudukan Ketua Setiausaha Negara yang akan tamat tempoh khidmat beliau tidak berapa lama lagi.

Yang menarik nya ialah cerita mengenai KSN yang sanggup ambil cuti peribadi untuk ke London semasa lawatan kerja Najib disana baru baru ini. Apa tujuan sebenarnya KSN kesana tidak lah diketahui, tapi cerita beliau pergi mengadap dan 'menangis' depan Najib dan Rosmah untuk sambung kontrak itu lah yang menjawab topik hangat perbualan kami. Kalau tak silap saya ini sambungan kali ke empat.

Kenalan saya beritahu yang pegawai pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan sekarang sudah naik 'fed-up' dengan KSN yang sedia ada dan kerajaan pada am nya dan seterusnya kepada kepimpinan Najib yang dilihat sebagai lembik dan terlalu bergantung kepada KSN tersebut. Apa yang special sangat?. Apa nak jadi dengan timbalan timbalan beliau yang kanan kanan ? Semua nya akan pencen terlebih dahulu dari beliau dan yang akan naik jadi timbalan pula mereka mereka yang belum cukup masak....

Saya tak pernah berkhidmat dalam kerajaan dan bukan arif sangat dalam hal hal pentadbiran dan naik turun pangkat dalam kerajaan.. Sahabat blogger saya ada membuat laporan yang menarik di SINI



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan yang kanan sekali. Dirakam semasa perasmian sidang Dewan Rakyat yang baru lalu