Sunday, 22 June 2014

500 rumah PPR utk Kg Chubadak

Lokasi : PPR Seri Semarak, Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

Acara : Pelancaran Program Wilayah Persekutuan Bebas Denggi

Tarikh : 21/6/2014


Maklumat yang diperolehi mengenai Kg Chubadak Tambahan

1. Jumlah penduduk yang terlibat dalam pemindahan ialah 18 orang (keluarga)

2. Tapak yang terlibat kepunyaan Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan dan bukan
milik DBKL atau milik penduduk

3. DBKL hanya menjalankan perintah mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut

4. Tapak tanah akan dibangunkan menjadi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan membuka
peluang kepada 500 warga kota untuk mempunyai tempat tinggal selain daripada 18 yang menduduki tanah tersebut secara eksklusif selama ini..

5. 18 Penduduk Kg Chubadak yang terlibat telah pun ditawarkan rumah PPR, tetapi DBKL
tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk mendapat ganti tanah yang serupa.

6. Tanah kubur yang disebut Ku Nan semasa ditanya pada majlis yang lain kelmarin tidak
termasuk dalam projek PPR ini. Beliau meminta maaf diatas kesilapan yang tidak
disengajakan itu.







Jangan dengar khabar angin mengenai TPM & kabinet - Ku Nan

Lokasi : PPR Seri Semarak, Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

Acara : Pelancaran Program Wilayah Persekutuan Bebas Denggi

Tarikh : 21/6/2014


Jangan dengar khabar angin dan jangan jadi ajen memecah belahkan rakyat Malaysia . Itu lah nasihat Tengku Adnan bagi menjawab soalan mengenai rombakan kabinet yang melibatkan diri beliau dan perletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. 




Saturday, 21 June 2014

Kes Denggi meningkat berlipat kali ganda di WP

Lokasi : PPR Seri Semarak, Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

Acara : Pelancaran Program Wilayah Persekutuan Bebas Denggi

Tarikh : 21/6/2014


Intipati ucapan Menteri Wilayah Persekutuan
1. Program "wilayah Persekutuan Bebas Denggi" dianjurkan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang ceria, bersih dan bebas denggi, selaras dengan motto Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu "Wilayah Persekutuan Ceria".

2.  Untuk mewujudkan persekitaran yang ceria, bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk, maka tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes perlu dihapuskan bagi mengelakkan penularan wabak denggi.  Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah dan premis di kawasan Kuala Lumpur adalah penting untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes.

3.  Masyarakat seharusnya lebih peka dan prihatin dengan melakukan pencegahan awal dan tidak hanya menunggu berlakunya kes denggi untuk melakukan aktiviti pembersihan di samping meluangkan masa setiap minggu memeriksa rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat pembiakan jentik0jentik.

4.  Kesedaran ini perlu ada dalam kalangan masyarakat tentang bahaya nyamuk aedes dan kesan persekitaran yang kotor boleh mengundang bahaya jika terdapat penularan nyamuk ini yang menyebabkan demam denggi.

5.  Program pencegahan secara bersepadu dan menyeluruh untuk membasmi aedes di ibu kota adalah dengan merancang, melaksana, memantau dan menilai tindakan-tindakan yang telah dijalankan untuk memastikan keberkesanan membasmi aedes yang dilakukan.

6.   Nyamuk aedes adalah punca kepada berlakunya demam denggi.  Demam denggi boleh membawa maut.  Jadi, gejala penyakit ini harus dibasmi segera daripada menular untuk mengurangkan kes kematian disebabkan denggi.

7.   Penyertaan orang awam adalah penting untuk sama-sama menggembleng tenaga dengan Jabatan Kesihatan dan Kerajaan untuk membasmi wabak penyakit denggi daripada menular.

Kes denggi di Wilayah Persekutuan setakat 20/6/2014 ialah sebanyak 3,570 dengan 7 kematian berbanding dengan 1,021 dan 5 kematian bagi tempoh yang sama 2013 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 20 June 2014

Yayasan WP akan lawan injunksi Damai Kiaramas

Lokasi : Avenue-K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Avenue-K

Tarikh : 18/6/2014



Ini jawapan Tengku Adnan:

1. Damai Kiaramas Sdn Bhd rakan usahasama (JV) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk memajukan sebidang tanah di Bukit Kiara

2. Tengku Adnan adalah Pengerusi YWP 

3. Damai Kiaramas gagal memenuhi (pra)-syarat JV, oleh itu YWP memilih untuk meneruskan pembangunan hartanah tersebut dengan rakan usahasama yang lain.

4. YWP akan melawan injunksi yang diperolehi oleh Damai Kiaramas.





Ini laporan oleh Malaysiakini

Firma ahli Umno dapat injunksi terhadap Ku Nan


Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun, ia mendakwa, Tengku Adnan lebih gemar projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki kumpulan Pavilion.

Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.


Wednesday, 18 June 2014

Roket dan Suara Keadilan sumber fitnah - KDN bertindak lah !

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014


Bekas ahli DAP, Tony Tan merayu Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak keatas Suara Keadilan dan Roket kerana menjadi sumber fitnah tambahan pula permit mereka hanya terhad untuk ahli sahaja.. bukan untuk dijual kepada umum.




Tuesday, 17 June 2014

Kit Siang didesak kemuka bukti rasuah kpd SPRM

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014



Seperti biasa NGO Pertubuhan Media dan Sosial Prihatin mendahului NGO-NGO lain dalam "menghantui" kepimpinan DAP dengan isu-isu pecah amanah dan salahguna kuasa dan fitnah. Kali ini mereka mendesak Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan memberi bukti rasuah dalam kerajaan BN kepada SPRM dalam tempuh seminggu. Ikuti rakaman sidang media pagi tadi.


1
 2
 3
 4
 5  Sim Thong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka menerima surat bagi pihak Lim Kit Siang
 6


Kem Kesihatan diminta jangan campuri bidang kuasa JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta jangan mencampuri bidang kuasa JAKIM dalam urusan pensijilan Halal kerana persepsi berikut :-

1. KKM dilihat mempunyai agenda untuk memperkecilkan integriti JAKIM

2. KKM dilihat mempunyai agenda untuk membunuh perniagaan Cadbury.




Ada usaha timbul syak terhadap JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Seperti ada usaha yang sengaja dibuat untuk menimbulkan syak terhadap sijil halal yang dikeluarkan JAKIM yang juga bertanggungjawab keatas banyak lagi perkara yang melibatkan soal akidah. Ini akan menjurus kepada rasa tidak tenteram dan huru hara dikalangan umat Islam.




Nak yakin dengan siapa lagi kalau bukan JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Bloggers dan pengamal media sosial berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada JAKIM dalam isu pensijilan HALAL produk cokelat Cadbury.





Friday, 13 June 2014

Ngeh Khoo Ham terlalu biadab dalam isu murtad


KENYATAAN AKHBAR JATI MENGENAI KENYATAAN BIADAB
YB NGEH KOO HAM DALAM ISU MURTAD
  
Mewakili JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL

12 JUN 2014


Thursday, 12 June 2014

Bosnia tidak perlu tentera asing bantu mereka dalam perang

Lokasi : Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR)

Acara : Syarahan oleh Dr Haris Siladzic, Mantan Perdana Menteri Bosnia & Herzegovina bertajuk
"My Experience with the International Media and the Importance of Truthful and Moderate Approach"

Tarikh : 11/6/2014


Syarahan Dr Haris menyentuh mengenai Konflik Balkan (sila baca) dan kepentingan media dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada dunia diluar kawasan konflik. Sebelum perang Balkan yang berlaku sekitar pertengahan 1992 sehingga penghujung 1995, sedikit sangat maklumat yang diperolehi dunia luar mengenai Bosnia, terutamanya masyarakat Islam yang telah bertapak disana lebih daripada 1,000 tahun.  Yang banyak diceritakan ialah mengenai Sarajevo, romantis nya dan juga tragis nya tempat tersebut sebagai tempat pencetus perang dunia pertama

Yang menarik perhatian saya ialah betapa prejudis nya pandangan Presiden Peranchis, Francois Mitterand mengenai masyarakat Islam di Bosnia. Beliau menganggap agama Islam sebagai agama asing dari negara Arab dan amat asing bagi orang Eropah. Beliau lupa bahawa agama Kristian juga berasal dari tanah Arab.  Presiden Amerika, Bill Clinton pula mempunyai pandangan yang lebih terbuka dan ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai Bosnia.

Pada peringkat awal perang pihak Islam Bosnia tidak dapat mempertahankan diri kerana tidak mempunyai kelengkapan perang. Mereka telah berulang kali merayu kepada kuasa-kuasa besar dunia untuk menarik balik sekatan keatas penghantaran senjata ke Bosnia bagi membolehkan mereka mempertahankan diri. Mereka hanya memerlukan senjata dan tidak perlu bantuan tentera asing untuk mempertahankan diri dari serangan puak Serb. Sila baca Arms Embargo 

Saya difahamkan (dalam forum yang lain) bahawa Malaysia telah memainkan 'pivotal role' dalam mengubah nasib puak islam Bosnia dengan pembekalan senjata 'anti tank' yang sangat sangat diperlukan oleh mereka.


1  Dato' Husin Nayan, Director General of IDFR
2
 3  Dr Haris Siladzic, former Prime Minister of Bosnia & Herzogavina
 4  Iraq's Ambassador to Malaysia
5
 6
 7  
 8
 9  Haris Silajdzic was born in Sarajevo on 1 October 1945.  His academic career encompasses the fields of Arabic-Islamic Studies and the History of Diplomacy.  He holds PhD in American-Albanian relations and has published three books.  Throughout his career Haris Silajdzic has been associated with different centers of learning and think tanks.  He has delivered lectures and speeches at Harvard, Oxford, Cambridge, Tokyo University, Columbia, Maryland and other universities, Chatham House (Royal Institute of International Affairs, London), Carnegie Foundation, Woodrow Wilson Center and other institutions.  HarisSilajdzic also taught at the Faculty of Philosophy, University of Sarajevo.  He was also a Professor-at-large at Andrew D White, Cornell University.
 10  He became actively engaged in politics in 1990 following the first free elections in Bosnia.  He served as the Foreign Minister of the Republic of Bosnia and Herzegovina until November 1993 when he became the Prime Minister.  He held the post until February 1996.  He then established the Party for Bosnia and Herzegovina in April 1996.  On 11 December 1996 he was nominated and subsequently appointed as the Co-Chairman of the Council of Ministers of Bosnia and Herzegovina.  In February 2000 he resigned from the Council of Ministers in the protest of the unconstitutional work of the institution.  In 2006 he was elected as the Member of the Presidency of Bosnia and Herzegovina and served a full term until 2010.
 11  Throughout his career Haris Silajdzic initiated many investment projects in Bosnia-Herzegovina and attracted foreign direct investments (FDI) among which successes are Zenica Metal Steel Plant, Business Towers in Sarajevo, Infrastructure in the town of Mostar and Brcko, Village infrastructure for returnees in Zvornik (North-Eastern Bosnia) and many others. 
HarisSilajdzic was the recipient of Award PremiLiberpress in 2008 in the field of Human Rights at Catalunya, Spain.
 12
 13


Apa motif penyokong Azmin berkumpul ?

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Mesyuarat pimpinan tertinggi PKR

Tarikh : 10/6/2014


Maklumat awal yang pihak media terima ialah satu mesyuarat pimpinan tertinggi akan berlangsung pada sebelah malam dan dijangkakan akan merumuskan beberapa isu penting bersangkutan pemilihan parti. Sejak tuduhan yang dilempar oleh Chegubard, masih belum ada keputusan atau reaksi dari pimpinan tertinggi. Maklumat juga diterima bahawa akan berlaku demonstrasi oleh ahli-ahli PKR yang tidak berpuashati dengan perjalanan proses pemilihan PKR dibanyak cabang seluruh negara.

Setelah menunggu hampir tiga jam, yang muncul hanya lebih kurang 30 budak-budak muda yang bertempiaran lari apabila pihak media cuba mendekati mereka. Demonstrasi besar besaran yang diwar warkan tidak menjadi dan pihak pimpinan PKR pula enggan memberi kerjasama dalam memberi maklumat atau news-update yang dinanti nantikan.

Yang menjadi persoalan apa tujuan sebenar hanya penyokong Azmin yang berkumpul ?. Adakah mereka menjangkakan akan berlaku keputusan besar yang akan membawa implikasi negatif terhadap masa depan Azmin dalam PKR ?


Amin Roslan dari Cabang PKR Sepang mengaku bertanggungjawab mengumpul
200 orang yang kebanyakkan budak-budak muda yang baru jadi ahli. Tapi yang
menunjukkan muka hanya lebih kurang 30 orang 
http://www.youtube.com/watch?v=U2eGrVZZ1ew

Azmin bertemu penyokong 
http://www.youtube.com/watch?v=fVSGdc37tTQ

1
 2  MB Khalid Ibrahim ketika meninggalkan Ibupejabat PKR
 3
 4  Azmi Roslan dari PKR Cabang Sepang
 5  Lajim Ukin menjawab soalan mengenai gerakan untuk Sabah keluar dari Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=3MU6vXXyjVU

 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15