Thursday 31 May 2012

BN masih boleh pertahankan Parlimen Pandan

Venue : Coffee, Sugar and Spice, Ampang Waterfront, Ampang, Selangor

Event : Sembang sembang petang bersama YB

Date : 30/5/2012 @ 6.00 pm


Pelbagai tohmahan kita dengar mengenai bekas Presiden MCA, Dato' Sri Ong Tee Keat (OTK) yang juga Ahli Parlimen Pandan. Ada yang mengatakan dia akan lompat keluar dari MCA dan menyertai pakatan pembangkang dan ada juga yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket persendirian.

OTK ketika awal pembabitan beliau dalam politik telah mendapat sokongan kuat orang Melayu dikawasan majoriti Melayu, Ampang. Beliau kemudian meneruskan kerjaya beliau sebagai wakil rakyat dengan cemerlang dengan sentiasa turun kepadang dan mendekati masyarakat dan pengundi di kawasan beliau. 

Bagaimanapun nasib beliau sebagai Presiden MCA telah ditentukan oleh perwakilan dalam pemilihan parti yang lalu dan kini beliau masih meneruskan khidmat beliau sebagai wakil rakyat seperti biasa tanpa menggunakan alasan kalah dalam pertandingan parti untuk meletakan BN dalam keadaan yang serba salah dikacamata pengundi.. 



1 comment:

  1. Sepatutnya parlimen pandan diwakili oleh wakil melayu.selama ni ong tee keat pun lebih membantu kaum sebangsa dia sahaja dan kebajikan melayu dibawah parlimen pandan terutama dun teratai langsung takde pembelaan.
    Samada gerakan ka, mca ka, dap ka semua nya sama sahaja..

    ReplyDelete