Wednesday, 19 September 2012

JATI akan turun berdemo bersama Pemuda PAS

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN 
MOHAMED ALI,    PRESIDEN JATI




 JATI menyambut baik inisiatif yang di ambil oleh Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demontrasi raksasa pada hari Jumaat 21 September 2012 ini. JATI menganggap tindakan ini amat wajar dan berbangga dengan komitmen dan keterlibatan golongan muda untuk mempertahankan maruah dan kesucian Islam.

Sebagai Presiden JATI saya menyeru supaya semua ahli JATI dan para penyokongnya untuk turut sama melibatkan diri dalam demontrasi tersebut. InsyaAllah saya sendiri bersama dengan barisan kepimpinan tertinggi JATI akan bersama-sama dengan umat Islam seluruhnya memberitahu dunia betapa tersinggungnya kita akibat daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab mencela, menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bagi kita bukan setakat berdemontrasi tetapi demi Islam, jiwa raga kita pun dihalalkan semata mata untuk menentukan Islam sentiasa berada dikemuncak kehidupan Muslim.

Melalui ruang ini saya mengajak rakan-rakan NGO dan seluruh umat Islam di negara ini untuk sama-sama bangkit menzahirkan bantahan kita terhadap mana-mana pihak dalam dan luar negara yang berterusan menghina dan mencabar status Islam yang paling agung di sisi Allah SWT.

Seperti dimaklumi tindakan mempertahankan maruah Islam merupakan satu jihad yang memerlukan pengorbanan dikalangan umat Islam tanpa mengira latarbelakang ideologi politik dan kedudukan dalam masyarakat. Inilah sunnah peninggalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan langkah kecil yang di ambil ini melakar satu sejarah untuk diteladani oleh generasi muslim yang akan datang.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
19 September 2012


6 comments:

  1. Buang masa ja....
    Apa nak sibok2 demo ni.
    Kerja tak karuan namanya....
    Pi pekena kopi kat kedai mamak lagi bagus.
    Asyik2 nak berdemo...asyik2 nak berdemo. Betul2 macam MONYET la hampa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi bangsat kalau ko tak ada kederat nak turun bersama, lebih baik tutup mulut dan duduk diam diam daripada berkata kata macam MONYET baru belajar cakap.. bangsat !!

      Delete
  2. dah agama sendiri dihina depan mata kau nak diamkan saje ke bro...
    pertahankan agama tak penting tapi lebih penting kena kopi..??
    sbb tu agama islam makin dihina sbb adanya umat macam kau ni..
    jangan nanti anak kau dimurtadkan baru kau nak sedar masa tu jangan salahkan anak kau atau orang lain dan jangan plak jadi monyet cuba pertahankan agama anak kau tu... tapi salahkan diri sendiri sbb bagi ko kena kopi lebih penting dari pertahankan agama

    ReplyDelete
  3. berapa ramai la ahli jati nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kira berapa ramai, yang penting pendirian yang tegas dah beristikhamah..

      Delete
    2. Tak guna kalau ramai tapi pegangan goyah dan senang di goncang..

      Delete