KENYATAAN YB DATO’ DR HASAN ALI MENGENAI TWEET YB NGEH KOO HAM
Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap
tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam
seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan
besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama
Islam melalui filem Innocence of Muslims.
Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan
kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah
berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya.
Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan
dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan
aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama
mereka. Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan
negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi
keimanan yang dipaparkan oleh mereka.
Kenyataan pemimpin DAP Perak itu bagi saya seolah-olah
mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup
dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam,
rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian
anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam.
Saya merasakan YB Ngeh yang dianggap senior dan sudah
begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat
Islam. Saya bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan
dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan yang mungkin di ambil oleh
masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang
selama ini mereka hormati. Justeru
saya menyeru kepada YB Ngeh agar segera menarik balik kenyataan beliau itu dan
memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Negara ini.
Saya juga ingin melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil
kehadapan terutamanya mereka yang saya labelkan sebagai parasit untuk
menyatakan pendirian mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang
boleh melegakan ahli dan penyokong PAS. Tetapi saya tidak terperanjat kalau
mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini.
YB DATO DR HASAN ALI
Presiden JATI
ADUN Gombak
Setia
19 September
2012
No comments:
Post a Comment