Thursday 6 September 2012

Kerajaan Selangor cari pasal dengan PDRM

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara Selangor

Event : Sidang Media

Date : 4/9/2012 @ 10.00 am


Malam sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dikhabarkan mendapat sambutan suam suam kuku dari masyrakat Selangor dan Shah Alam khususnya. Jumlah kehadiran yang dapat dipetik dari laporan internet ialah dalam lingkungan 3,000 orang sahaja.

EXCO Selangor, Dr Xavier mengamuk sakan kerana pasukan Polis dan tentera yang pada mula nya bersetuju mengambil bahagian dalam persembahan telah menarik diri pada saat akhir. Dr Xavier juga mendakwa PDRM tidak menyediakan khidmat kawalan keselamatan bagi pemimpin pemimpin negeri dan kawalan keselamatan bagi keseluruhan program sambutan kemerdekaan tersebut.

Yang pastinya majlis sambutan walaupun di kendalikan oleh SUK Selangor, tidak melibatkan Sultan Selangor dan lebih mirip kepada majlis parti politik sahaja. Anwar yang bukan menganggotai jemaah DUN dijemput menjadi tetamu VVIP dan diberi ruang untuk memberi ucapan sebelum ambang 31/8.

Persoalan nya, adakah wajar sekiranya PDRM dan ATM melakukan segala persembahan pancaragam dan kawat lintas bagi meraikan majlis yang tidak melibatkan Sultan Selangor sedangkan kedua dua entiti tersebut bernaung di bawah panji DiRaja ?.




1 comment:

  1. Askar dan Polis hanya terima arahan dari Urusan Sri Paduka Yg Di Pertuan Agong ,.bermakna kuasa kerajaan pembangkan di negeri jajahan rejimnya belum cukup kuasanya lagi .tunggulah Anuar jadi president nanti..sebelum itu jangn obsess sangat,..

    ReplyDelete