jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Venue : Pekan Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor
Event : Jelajah Merdeka Rakyat
Date : 28/10/2012 @ 5.45 pm
Anwar yakin bekas pegawai kanan Polis sudah mula menyokong Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah Musa Hassan. Bagaimanapun saya mendapat cerita yang berlainanan dar tuan punya badan sendiri...
Venue : Pejabat pentadbiran Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor
Event : Sidang media bantahan keatas pelan pembangunan Dolamite Park Avenue bersebelahan kopleks kuil Sri Subramaniar, Batu Caves
Date : 26/10/2012 @ 11.00 am
Malaysian Nature Society (MNS) merupakan salah satu NGO yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Mereka dikatakan telah memohon untuk menganggotai Majlis Perbandaran Selayang, tetapi permohonan mereka tidak mendapat layanan. Setahu saya Elizabeth Wong dan beberapa YB Pakatan Rakyat yang lain, dahulu memang aktif bergerak dalam NGO yang berkaitan dengan alam sekitar, tetapi mengapa sekarang mereka tidak menyokong NGO seperti MNS?
Venue : Pejabat pentadbiran Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor
Event : Sidang media bantahan keatas pelan pembangunan Dolamite Park Avenue bersebelahan kompleks kuil Sri Subramaniar, Batu Caves
Date : 26/10/2012 @ 11.00 am
Samy Vellu masih belum hilang 'sting' beliau. Saksikan apa yang biasa saya saksikan semasa Samy masih memegang jawatan presiden MIC dan berjawatan dalam kabinet...
Venue : Pejabat Pentadbiran Batu Caves, Gombak, Selangor
Event : Sidang Media bantahan terhadap rancangan pembangunan hartanah bersebelahan kompleks
kovil Batu Caves
Date : 26/10/2012 @ 11.00 am
Ringkasan :
1. Bantahan keatas pembangunan projek kondominium 29 tingkat disebelah tapak kompleks kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.
2. Pemaju Dolomite Park Avenue dikatakan telah mendapat kelulusan pada tahun 2007 semasa Majlis Perbandaran Selayang masih dibawah BN
3. Senator A.Kohilan (Gerakan) yang pernah menduduki kerusi ahli MPS mengaku cuma terlibat dalam meluluskan Permohonan Merancang pada tahun 2007. Segala kelulusan yang berikutnya termasuk kelulusan memasarkan projek telah diluluskan oleh MPS dibawah kerajaan Pakatan Pembangkang.
4. Pihak pengurusan kuil tidak pernah di beritahu atau di rujuk oleh pemaju dan hanya mengetahui mengenai penjualan unit kondominium setelah iklan .
5. Pihak pengurusan kuil memberi masa sebulan untuk MPS membatalkan projek Dolamite Park Avenue dan sekiranya gagal akan mengheret mereka ke mahkamah.
6. Pengurusan kuil Sri Subramaniar mensasarkan 100,000 akan hadir untuk menunjukan bantahan, tapi cuma 300 orang saja yang datang.
Senator A.Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar dan bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang (1997-2007)
Pihak pengurusan Kuil Subramaniar Batu Caves tidak pernah dirujuk
1/22
2.
3.
4.
5.
6. Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah memberi ucapan.
Venue : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
Event : Sidang Media 'Majlis Makan Malam Amal Untuk Hospital Gaza Bersama Rabbani'
Date : 23/10/2012 @ 3.00 pm
Secara ringkas :
1. Cadangan membina hospital di Gaza, Tebing Barat
2. Jumlah yang diperlukan USD30,000,000
3. Jumlah permulaan yang perlu dijanakan oleh Majlis Perundingan Islam Malaysia ialah USD5,000,000 sebelum OIC pertimbangkan dana 'top-up'.
4. Untuk majlis makan malam Kumpulan Rabbani dan Sharifah Aini akan membuat persembahan.
5. Penganjur H4G mencari 'perpetual donors / sponsors' yang akan memberi sumbangan berterusan walaupun dalam jumlah yang kecil.
6. Majlis makan malam bertujuan membina jaringan penyumbang.
Ucapan oleh Sdr Mohd Nazri Sahat, CEO Sekretariat Hospital Gaza
Brochure makan malam amal H4G
Press Release of Rabbani Productions
Kalau tak tersentuh hati lagi saksikan lah video 'Tangisan Gaza' yang berikut nya
1.
2. Ucapan oleh Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di JPM dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia
3.
4.
5.
6.
7. Gimik perlantikan Kumpulan Rabbani sebagai duta H4G
Subject: Siapa biaya bas mewah Khalid Ibrahim RM150 ribu sebulan Kenyataan Media GAPS
Isu bas mewah terus menghantui Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini adalah bila bas yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya. Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor.
Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated. Kalau benar yang bas itu disewa dari Khalid Ibrahim kepada PKR untuk kegunaan Anwar Ibrahim, GAPS berminat ingin tahu berapa kadar sewaanya setiap bulan.
Kalau lah juga benar bas ini dibeli secara sewa beli selama 6 bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, GAPS ingin bertanya siapakah yang membayar sebanyak RM150 ribu sebulan ansuran bulanan (RM150,000 X 6 bulan= RM900,000) kepada pihak bank itu.
GAPS yakin gaji MB sebanyak RM20 ribu sebulan jauh dari kemampuan untuk Khalid Ibrahim membayar ansuran RM150 ribu sebulan itu. Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini. Kenapa mereka bayar bagi pihak MB.
Rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan SPRM.Hamidzun Khairuddin
PresidenGagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Venue : Tapak Pasar Malam, Taman Melati, Kuala Lumpur
Event : Ceramah Isu Semasa PR
Date : 22/10/2012 @ 10.00 pm
Lajim akan lakukan apa saja demi survival politik beliau. Ikuti pengakuan beliau yang pernah menjadi penipu, pembohong dan perasuah semasa berada dalam UMNO.