Google+ Followers

Thursday, 1 May 2014

Mampukah Bantah GST berjalan aman ?

Hari ini 1/5/2014, Perhimpunan Bantah GST akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Para peserta akan mula berarak dari KLCC, SOGO, Dataran Maybank dan Masjid Negara  dan berhimpun di depan Bangunan Sultan Abdul Samad pada jam 2 pm. PDRM telah memberi kelulusan untuk perhimpunan ini. 

Dataran Merdeka kini sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan dan penganjur telah bersetuju untuk tidak membenarkan peserta memasuki padang. 1500 anggota Unit Amal akan dikerahkan mengawal peserta pada hari ini

Dijangkakan kepimpinan tertinggi Paktan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim akan berucap dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Hadi Awang dikhabarkan berada di Morocco tetapi Timbalan beliau Mat Sabu akan mewakili PAS.


Persekitaran Dataran Merdeka @ 12.00 pm, 30/4/2014
1
 2
 3
 4