Google+ Followers

Friday, 23 May 2014

P.076 - Calon DAP sangka UITM hanya untuk anak orang UMNO ?

Lokasi : Bilek gerakan DAP, Pekan Baru, Teluk Intan

Acara : Sidang media harian DAP

Tarikh :21/5/2014



Ini kenyataan calon DAP yang disiarkan dalam roketkini.com

"Sewaktu belajar di UiTM, saya menyedari bahawa anak-anak pemimpin UMNO yang kaya mendapat tempat di UiTM.
“Walhal mereka yang lebih miskin namun berkelayakan tetapi tidak mempunyai pertalian dengan UMNO tidak mendapat tempat,” ujar Dyana dalam satu kenyataan."
VC UITM pula telah mengeluarkan kenyataan balas menyatakan bahawa UITM bukan hanya terbuka kepada anak orang UMNO dan golongan mewah tetapi kemasukan adalah berdasarkan kepada meritrokasi.

MJ : Saya bersetuju dengan jawapan VC UITM...keluarga saya tak kaya dan saya dan anak-anak saya bukan ahli UMNO dari dahulu hingga kini tetapi kami sekeluarga adalah produk UITM.

Nampak gaya nya Dyana telah memberi fakta yang salah kepada DAP dan kepada rakyat Malaysia keseluruhan nya dan memberi gambaran yang negatif terhadap UITM, UMNO dan orang Melayu.