Google+ Followers

Thursday, 22 May 2014

P.076 - Hanya Kit Siang dan Karpal pejuang ikhlas

Lokasi :  Kg Padang Tembak, Teluk Intan, Perak

Acara : Ceramah anjuran PAS

Tarikh : 22/5/2014


Calon DAP mengkagumi Lim Kit Siang dan Karpal Siang yang dilihat beliau begitu ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia selama lebih 40 tahun. Itu lah alasan yang diguna beliau untuk sertai DAP. 

Selama sejak merdeka tidak pernah sehari pun pun negara ini diperintah oleh DAP, tidak kah nasib rakyat Malaysia ini terbela oleh permerintah yang sedia ada? Tidak ada kah sedikit pun pembangunan dan kemakmuran dalam negara ini yang dapat dilihat oleh calon DAP ini ? Bukan kah beliau juga produk yang dihasilkan dari sistem pendidikan dan kemakmuran yang diusahakan oleh ahli politik bukan DAP ?

Kalau Karpal dan Kit Siang pejuang yang ikhlas, bagaimana pula dengan ahli politik lain yang puluhan tahun berkhidmat untuk rakyat? Bagaimana pula dengan penglibatan ibu beliau didalam UMNO ? Untuk apa ? Tidak ikhlas ke beliau ? Berpolitik untuk kaut duit ke ? 

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9