Google+ Followers

Sunday, 11 May 2014

PAS tangguh cadangan Hudud ke Dewan Rakyat

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh Timbalan Presiden PAS

Tarikh : 11/5/2014


Mat Sabu hari ini membacakan Kenyataan Media oleh Presiden PAS yang menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan dengan perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan :-

1. PAS Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

2. Oleh keranan itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya.

Pada bahagian pertama sidang media, Timbalan Presiden PAS telah mengumumkan cadangan Unit Amal mengadakan jamuan makan malam amal pada 8/6/2013 untuk mengisi tabung bagi membiayai operasi mereka. Majlis tersebut akan berlangsung di gelanggang bola keranjang SS3 Kelana Jaya, Selangor dan meja utama akan dijual pada harga diantara RM1,000 - RM20,000.


1
 2
 3
 4
 5