Google+ Followers

Tuesday, 13 May 2014

PKR menjanjikan peluang menjadi pemimpin

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

Tarikh :12/5/2014


Sidang media Johari Abdul berjalan hampir sejam dan penerangan dilakukan panjang lebar dan ada yang berulang ulang... tetapi secara ringkas nya saya dapat merumuskan bahawa kekecohan yang berlaku sana sini boleh lah dianggap sebagai sebahagian daripada proses "managing success" oleh JPP. 

Apa yang dimaksudkan ialah dari segi jumlah calon yang menawarkan diri sampai mencecah 10,000 orang dan jumlah besar yang keluar mengundi pun di luar jangkaan JPP sendiri. 

Berbanding tahun 2004 dimana calon terpaksa 'dipujuk' untuk bertanding, kini terlalu ramai yang ingin menjadi pemimpin. Ini menunjukkan PKR mempunyai masa depan yang cerah dan dapat menjanjikan peluang dan wadah politik kepada ramai calon.